Rabu, 20 Disember 2023

9.3 Teori-teori mendasari reka bentuk kurikulum


Peta minda teori-teori mendasari reka bentuk kurikulum


9.3.1 Teori Pembelajaran


Perkembangan kurikulum sebenarnya selaras dengan

berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Hal

tersebut berkaitan dengan amalan mengaplikasikan teori

pembelajaran ke dalam proses pengajaran dan 

perkembangan kurikulum.


9.3.2 Asas Ilmu Mendasari Teori Kurikulum


 9.3.3 Perbandingan Teori-teori Reka Bentuk Kurukulum

Komponen

Teori Disiplin    Mental

Teori Saintifik

Pelopor

 

Bobbit

Logik

Psikologi indera (Akal mempunyai otot yang perlukan latihan mental).

Pengeluaran barang industri (Manusia bagaikan barangan keluaran industri).

Fungsi

Sekolah adalah untuk membina perkembangkan otot akal dan kurikulum pula berfungsi memperhalus keupayaan otot tersebut.

Sekolah merupakan kilang yang memproses murid (bahan mentah/input) supaya menjadi output yang bersedia & berupaya memikul peranan masing- masing dalam kehidupan.

Liputan Kurikulum

Liputan kurikulum memuatkan apa sahaja pengetahuan untuk dipelajari bagi menguatkan otot akal.

-Mengadakan aktiviti yang dikenalpasti wujud dalam kehidupan manusia.

 

-Aktiviti boleh dipetakan melalui operasi saintifik yang dinamai analisis aktiviti.

 

-Aktiviti dianalisis sehingga tahap yang spesifik.

 

-Aktiviti dikelaskan mengikut disiplin ilmu yang relevan.

 

-Keupayaan, sikap, tabiat dan tingkahlaku yang diperlukan dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam aktiviti dan diajar kepada murid.

 

Pembahagian Kurikulum

Tidak berlaku

-Setiap orang melakukan aktiviti yang selari dengan kelas sosial masing- masing.

 

-Pembahagian kurikulum dibuat dengan merujuk kepada peranan orang yang berlainan dalam kelas sosial masing-masing.

 

-Sekolah membahagikan kurikulum dengan cara yang dapat membezakan kanak-kanak untuk mempelajari aktiviti yang selaras dengan peranan mereka dalam kelas sosial masing-masing apabila dewasa.

 

-Ukuran kecerdasan dijadikan alat saintifik untuk membezakan kanak- kanak.

 

Reka Bentuk Kurikulum

Tidak berlaku

-Setiap aktiviti yang hendak diajar perlu dirancang dengan melibatkan sub aktiviti yang lebih terperinci.

 

-Membolehkan murid belajar sendiri.

 

-Dilakukan menerusi operasi analisis aktiviti.

 

-Guru-guru boleh mereka bentuk kurikulum sendiri.

 

Perkembangan Kurikulum

Tidak berlaku

Tidak berlaku. Manusia telah dibekukan dalam petak sosial mereka.

Kritikal

-  Pembahagian, reka bentuk dan perkembangan kurikulum tidak berlaku yang menyebabkan teori ini tidak sempurna. - Menjelang akhir abad ke 19 teori ini dipinggirkan.

-Manusia dibekukan dalam kotak sosial masing-masing.

 

-Proses perkembangan kurikulum tidak berlaku yang menyebabkan teori ini tidak sempurna.

 

 

 

Komponen

Teori  Fungsi

Teori Berasas Sekolah

Pelopor

Durkheim

DeweyMacDonald

Logik

Fungsi sosial dalam sistem masyarakat

Morfogenesis-konflik struktur sosial

,Golongan dominan vs golongan

penyanggah

Fungsi

Sekolah berperanan memasyarakatkan kanak-kanak untuk menghayati ciri sejagat budaya masyarakatnya serta diorientasikan kepada pelbagai nilai & budaya yang berkait dengan peranan pekerjaaannya pada masa hadapan

Sekolah berperanan untuk mengukuhkan golongan dominan (kuasa, pekerjaan & kekayaan).

Liputan Kurikulum

-Memuatkan budaya umum dan khusus. 

 

-Kurikulum menyediakan latihan kemahiran pekerjaan. 

 

-Peluang pekerjaan diwujudkan untuk dipenuhi tenaga manusia terlatih dari masa ke semasa.

-Dirumus oleh golongan dominan berpandukan sejarah, budaya, falsafah dan ideologi. 

 

-Kurikulum sebagai alat ideologi melemahkan golongan penyanggah (penentang)

Pembahagian Kurikulum

-Kurikulum dibahagikan kepada berbagai bidang/ program bagi melahirkan tenaga terlatih yang dapat memenuhi petak pekerjaan. 

 

-Kurikulum mestilah dapat memenuhi tuntutan masyarakat agar generasi muda dapat menerima budaya masyarakatnya yang wajar sebagai bekalan ketika mereka dewasa.

-Kurikulum sebagai alat kawalan sosial & mengekalkan keuntungan golongan dominan.

 

-Berbagai jurusan/program diadakan untuk membahagikan kurikulum kepada murid-murid yang berbeza dari segi individu. Pelbagai syarat dikenakan untuk menempatkan murid tertentu ke dalam jurusan/ program tertentu.

Reka Bentuk Kurikulum

-Kurikulum rasmi mestilah mendefinisikan tingkah laku, budaya, norma dan nilai masyarakat. 

 

-Kurikulum rasmi tersebut mestilah sempurna & lengkap kerana akan dilaksanakan & dipatuhi.

Teori Analisis - reka bentuk ditentukan oleh kuasa dominan pada peringkat masyarakat, institusi dan instruksi. Seimbangkan kuasa dominan dan penyanggah (Goodlad 1972). 

 

-Teori Hegemoni - reka bentuk kurikulum yang dilaksanakan oleh guru sebagai penyelesaian konflik guru-murid ke atas tekanan kurikulum rasmi dalam latar setempat.

Perkembangan Kurikulum

-Mencadangkan perlunya kemahiran bagi melaksanakan pekerjaan. 

 

-Sedia berubah mengikut perkembangan teknologi.

-Dilaksanakan oleh institusi rasmi yang dikawal oleh golongan dominan. 

 

-Golongan dominan akan benarkan dan sahkan orang & organisasi tertentu untuk menjalankan proses perkembangan kurikulum.

Kritikal

-Pendidikan berkembang pesat tetapi peluang kerja semakin terhad. 

 

-Perkembangan teknologi berlaku pesat dan tenaga manusia semakin kurang digunakan dalam pekerjaan.

Teori kurikulum yang lengkap kerana mengandungi liputan, pembahagian, reka bentuk dan perkembangan kurikulum.

 

-Konflik yang berlaku menyebabkan kurikulum menjadi semakin mantap. 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan